written: Thursday, 14 February 2013 @ 00:02 ? 0 comment[s]
Terdapat pelbagai sumber yang berbeza-beza menceritakan tentang
asal-usul Hari Valentine. Yang nyata, tidak satu pun memberi kebaikan
kepada kita sebagai umat Islam dan hamba kepada Maha Pencipta. Sedarkah
kita, salah satu sebab kewujudan Hari Valentine ini adalah kerana
kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol pada tarikh tersebut. Manakala
orang yang menjadi dalang kepada kekalahan itu adalah seorang paderi
Kristian, Saint Valentine. Lalu, 14 Februari 1492 dinamakan Hari
Valentine dan dianggap sebagai hari kasih sayang kerana Islam dianggap
sebagai agama yang zalim. Bukankah dengan menyambutnya, kita sendiri
menghina agama kita yang suci? Kejinya jika kita begitu!
Antara sejarah yang lain pula menyebut, Hari Valentine diambil
daripada nama paderi Saint Valentine atas kesungguhannya mempertahankan
hak para tentera di zaman pemerintahan Claudius II untuk berkahwin. Ini
kerana, semasa Claudius II memerintah kerajaan Rom, beliau menghalang
tentera-tentera Rom untuk berkahwin kerana pada pendapat beliau, mereka
akan lebih kuat dan tabah untuk berperang jika masih bujang. Namun
secara senyap, Saint Valentine telah melakukan upacara pernikahan dan
ini mendatangkan kemarahan Claudius II. Lalu, paderi itu dihukum gantung
pada 14 Februari 269 Masihi.

Post a Comment